Ringkasnya: Bayi kuning dan doktor sahkan boleh dirawat di rumah? Klinik Dr. Anisah dan Keluarga, Presint 15 Putrajaya menyediakan pakej sewa lampu phototherapy RM300 untuk 4 hari 3 malam, termasuk 2 kali pemeriksaan tahap kuning oleh doktor kami.
WhatsApp Untuk TempahCall 03-8861 5608📍 Google Maps🚗 Waze
Apa Yang Termasuk Dalam Pakej
| Tempoh sewa | 4 hari 3 malam |
| Harga | RM300 (bayaran penuh semasa ambil lampu) |
| Pemeriksaan kuning | 2 kali di klinik, termasuk dalam pakej |
| Hari tambahan | RM100 sehari, hanya jika doktor nasihatkan rawatan diteruskan |
| Ambil & pulang | Di klinik, Presint 15 Putrajaya (buka setiap hari 9am–10pm) |
| Panduan & bantuan | Kami tunjukkan cara guna lampu. Bantuan melalui WhatsApp setiap hari, 9am–10pm |
Siapa Yang Sesuai Rawat di Rumah?
Rawatan phototherapy di rumah hanya diberi selepas doktor memeriksa bayi dan mengesahkan tahap kuning sesuai untuk dirawat di rumah. Bayi dengan tahap kuning yang tinggi atau yang nampak tidak sihat akan dirujuk ke hospital.
Bila Bayi Perlu ke Hospital, Bukan Rawatan di Rumah
Bawa bayi ke hospital dengan segera jika:
- Kuning muncul dalam 24 jam pertama selepas lahir
- Bayi terlalu mengantuk, lembik atau tidak mahu menyusu
- Bayi demam atau nampak tidak sihat
- Najis bayi pucat (putih atau kelabu) atau air kencing gelap
Cara Sewa: 3 Langkah
- WhatsApp 013-860 6078 atau datang terus ke klinik (walk-in setiap hari 9am–10pm)
- Pemeriksaan kuning oleh doktor – jika sesuai untuk rawatan di rumah, kami sediakan lampu
- Bayar dan bawa pulang lampu – kami tunjukkan cara guna. Datang semula untuk check kuning seperti dijadualkan, dan pulangkan lampu di klinik
Kenapa Pilih Pakej Kami
- Termasuk 2 kali check kuning oleh doktor – bukan sewa lampu sahaja
- Doktor wanita sentiasa bertugas
- Ambil dan pulang di klinik, dengan parking di depan klinik
- Ibu dan bayi boleh terus bersama di rumah semasa rawatan, jika doktor sahkan sesuai
Soalan Lazim
Berapa harga sewa lampu phototherapy?
RM300 untuk 4 hari 3 malam, termasuk 2 kali pemeriksaan tahap kuning. Jika doktor nasihatkan rawatan diteruskan, hari tambahan RM100 sehari.
Perlu bayar deposit?
Tiada deposit berasingan. Bayaran penuh dibuat semasa mengambil lampu.
Kamu hantar lampu ke rumah?
Tidak. Lampu diambil dan dipulangkan di klinik kami di Presint 15, Putrajaya.
Berapa lama bayi perlu di bawah lampu setiap hari?
Biasanya 6–8 jam sehari, dan seberapa lama yang boleh mengikut arahan doktor. Lebih konsisten rawatan, lebih besar peluang tahap kuning turun dalam tempoh pakej.
Bayi saya lahir di hospital lain, boleh sewa?
Boleh. Kami klinik keluarga, jadi semua bayi yang kami rawat lahir di hospital lain. Bawa rekod bayi dan keputusan ujian kuning terakhir jika ada. Doktor kami akan periksa dahulu.
Ada bantuan jika saya ada soalan semasa guna lampu?
Ada. WhatsApp kami setiap hari, 9am–10pm. Jika bayi nampak tidak sihat, bawa bayi ke klinik atau hospital dengan segera.
Maklumat ini adalah panduan umum dan bukan pengganti nasihat doktor. Jika bayi tidak sihat, dapatkan rawatan segera.
WhatsApp Untuk Tempah📍 Google Maps🚗 Waze

