Ringkasnya: Scan 4D/5D menunjukkan wajah dan pergerakan baby dalam kandungan dengan lebih jelas. Di Klinik Dr. Anisah dan Keluarga, Presint 15 Putrajaya, scan 4D/5D dibuat pada 28–32 minggu, RM110 (termasuk konsultasi). Pilihan tambahan: foto 8K, RM50. Walk-in setiap hari 9am–10pm, bersama doktor wanita.
WhatsApp KlinikCall 03-8861 5608📍 Google Maps🚗 Waze
Apa Itu Scan 4D dan 5D?
Scan 4D/5D ialah scan ultrasound yang menunjukkan rupa baby dalam kandungan dengan lebih jelas berbanding scan 2D biasa.
- 3D – gambar wajah baby dalam bentuk 3 dimensi
- 4D – gambar 3D yang bergerak secara langsung (real-time), jadi mummy boleh nampak baby menguap, senyum atau menghisap jari
- 5D – gambar dengan pencahayaan yang lebih terperinci, menampakkan wajah baby lebih semula jadi
Bila Waktu Sesuai Buat Scan 4D/5D?
Di klinik kami, scan 4D/5D dibuat pada 24 hingga 32 minggu kandungan. Pada usia ini wajah baby sudah lebih terbentuk dan masih ada ruang untuk baby bergerak.
Apa Yang Boleh Dilihat?
- Wajah baby – hidung, bibir, pipi
- Ekspresi muka – senyum, menguap, berkerut
- Jari tangan dan kaki
- Pergerakan baby
- Jantina – jika kedudukan baby sesuai
Kejelasan gambar bergantung pada kedudukan baby, jumlah air ketuban dan usia kandungan. Kadang-kadang baby menutup muka dengan tangan atau menghadap ke belakang.
Harga Scan 4D/5D di Putrajaya
| Jenis scan | Usia kandungan | Harga |
|---|---|---|
| Scan 4D/5D | 28–32 minggu | RM110 |
| Detail scan sahaja | 18–24 minggu | RM165 |
Harga termasuk caj konsultasi doktor. Semua scan boleh walk-in. Senarai penuh: harga scan kandungan di Putrajaya.
Scan 4D/5D atau Detail Scan?
Scan 4D/5D adalah untuk melihat rupa wajah baby. Detail scan pula memeriksa organ dan struktur baby satu per satu. Scan 4D/5D bukan pengganti detail scan.
Tips Sebelum Scan
- Pakai baju dua helai (baju dan seluar/skirt) supaya mudah scan perut
- Bawa buku pink
- Ajak suami dan anak-anak – mereka boleh temankan mummy dalam bilik scan
Kenapa Mummies Pilih Klinik Kami
- Doktor wanita sentiasa bertugas
- Suami dan anak-anak boleh masuk bilik scan
- 2 bilik konsultasi dan 2 mesin ultrasound
- Walk-in setiap hari 9am–10pm, termasuk hujung minggu
- Ruang permainan kanak-kanak dan parking di depan klinik, Jalan Diplomatik, Presint 15 Putrajaya
Soalan Lazim
Bila waktu terbaik untuk buat scan 4D/5D?
Di klinik kami, scan 4D/5D dibuat pada 24 hingga 32 minggu kandungan.
Berapa harga scan 4D/5D di Klinik Dr. Anisah?
RM110, termasuk caj konsultasi doktor.
Perlu buat temujanji untuk scan 4D/5D?
Tidak wajib – boleh walk-in setiap hari, 9am–10pm. Temujanji melalui WhatsApp 013-860 6078 disarankan jika mummy mahu doktor tertentu.
Adakah scan 4D/5D selamat untuk baby?
Scan 4D/5D menggunakan ultrasound, iaitu teknologi yang sama dengan scan kandungan biasa. Ia tidak menggunakan radiasi X-ray.
Boleh tahu jantina baby masa scan 4D/5D?
Selalunya boleh jika kedudukan baby sesuai, tetapi ia tidak dapat dijamin pada setiap scan.
Adakah scan 4D/5D boleh ganti detail scan?
Tidak. Scan 4D/5D untuk melihat wajah baby, manakala detail scan memeriksa organ dan struktur baby dengan teliti.
Boleh suami atau anak-anak masuk bilik scan?
Boleh. Suami dan anak-anak boleh temankan mummy dalam bilik scan.
Maklumat ini adalah panduan umum dan bukan pengganti nasihat doktor. Sila berjumpa doktor untuk nasihat mengenai kandungan anda.
WhatsApp Klinik📍 Google Maps🚗 Waze

