Ringkasnya: Masa scan kandungan, doktor memeriksa kedudukan dan saiz baby, degupan jantung, air ketuban dan kedudukan uri. Apa yang diperiksa bergantung pada usia kandungan. Di Klinik Dr. Anisah dan Keluarga, Presint 15 Putrajaya, semua scan boleh walk-in setiap hari 9am–10pm, dari RM50 termasuk konsultasi doktor.
WhatsApp KlinikCall 03-8861 5608📍 Google Maps🚗 Waze
Apa Doktor Periksa Ikut Usia Kandungan
| Scan | Usia kandungan | Apa doktor periksa | Harga |
|---|---|---|---|
| Early pregnancy scan | 8–12 minggu | Kandungan berada dalam rahim, degupan jantung baby, anggaran usia kandungan dan tarikh jangka bersalin, bilangan baby | RM50 |
| Scan 2D (pertumbuhan / jantina) | 12 minggu ke atas | Saiz dan pertumbuhan baby, kedudukan baby, air ketuban, kedudukan uri, jantina jika kedudukan baby sesuai | RM80 |
| Detail scan | 18–24 minggu | Organ dan struktur baby satu per satu (otak, muka, jantung, tulang belakang, buah pinggang, tangan dan kaki) | RM165 |
| Scan 4D/5D | 28–32 minggu | Rupa wajah dan pergerakan baby | RM110 |
Harga termasuk caj konsultasi doktor. Semua scan boleh walk-in.
Apa Yang Doktor Tengok Dalam Setiap Scan?
- Kedudukan baby – kepala di bawah atau songsang (breech)
- Saiz kepala, perut dan tulang paha – untuk anggar pertumbuhan dan berat baby
- Degupan jantung dan pergerakan baby
- Jumlah air ketuban – cukup atau kurang
- Kedudukan uri (plasenta) – normal atau rendah
Jika doktor nampak sesuatu yang perlu diperiksa lanjut, doktor akan terangkan dan beri rujukan ke hospital jika perlu.
Kenapa Scan Berkala Penting?
Walaupun mummy sudah rasa baby bergerak, scan membantu doktor memantau pertumbuhan baby, air ketuban dan kedudukan uri dari semasa ke semasa. Perkara yang memerlukan perhatian boleh dikesan lebih awal.
Apa Perlu Dibawa?
- Buku pink (jika sudah ada)
- Keputusan scan sebelum ini
- Pakai baju dua helai supaya mudah scan perut
Belum ada buku pink? Pakej buka buku pink RM200 sudah termasuk scan, saringan dan konsultasi.
Kenapa Mummies Pilih Klinik Kami
- Doktor wanita sentiasa bertugas
- Suami dan anak-anak boleh temankan mummy dalam bilik scan
- 2 bilik konsultasi dan 2 mesin ultrasound
- Walk-in setiap hari 9am–10pm, termasuk hujung minggu
- Ruang permainan kanak-kanak dan parking di depan klinik, Jalan Diplomatik, Presint 15 Putrajaya
Soalan Lazim
Apa yang doktor check masa scan kandungan?
Doktor periksa kedudukan dan saiz baby, degupan jantung, jumlah air ketuban dan kedudukan uri. Pada detail scan (18–24 minggu), organ dan struktur baby diperiksa satu per satu.
Bila perlu buat scan kandungan pertama?
Early pregnancy scan di klinik kami dibuat pada 8–12 minggu. Buku pink boleh dibuka seawal 6 minggu, disarankan pada 8 minggu, dan pakej RM200 sudah termasuk scan.
Berapa harga scan kandungan di Putrajaya?
Di Klinik Dr. Anisah: early scan RM50, scan 2D RM80, detail scan RM165, scan 4D/5D RM110. Semua termasuk caj konsultasi doktor.
Perlu buat temujanji untuk scan?
Tidak wajib. Semua scan boleh walk-in setiap hari 9am–10pm. Temujanji melalui WhatsApp 013-860 6078 disarankan jika mahu doktor tertentu.
Bila boleh tahu jantina baby?
Jantina biasanya boleh dilihat melalui scan 2D pada 18 hingga 30 minggu jika kedudukan baby sesuai. Ia tidak dapat dijamin pada setiap scan.
Boleh suami atau anak-anak masuk bilik scan?
Boleh. Suami dan anak-anak boleh temankan mummy dalam bilik scan.
Maklumat ini adalah panduan umum dan bukan pengganti nasihat doktor. Sila berjumpa doktor untuk nasihat mengenai kandungan anda.
WhatsApp Klinik📍 Google Maps🚗 Waze

